Thursday, March 26, 2009

Bagaimana Cemerlang Dengan Berdoa

Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman, “Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.” Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.” Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa

Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia. Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk. Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.”

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi. Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).”

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima. Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.”

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi. Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”



Punca Doa Tertolak

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua. Dan sesungguhnya Allah mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul. Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’

Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?” Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah.

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,

“Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya. Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya. Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya. Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya. Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya. Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya. Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya. Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri. Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.” (Dari buku 'Tip-Tip Cemerlang Dari Al-Quran' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)


Nukilan Dr. Danial Zainal Abidin(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang) Selama 10 Tahun,Penulis 8 buah buku, Kolumnis Majalah i,Pemudah Cara Pelbagai Korporat / Institus

Thursday, March 12, 2009

BAGAIMANA MENJADI UMAT YANG TERBAIK?

Sebenarnya kita merupakan umat pilihan disisi Allah swt. Malah boleh kita katakan kita merupakan umat yang terbaik berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110 bermaksud :

“Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.

Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.

Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :
1 ) Mengajak kepada maaruf
2 ) Mencegah kemungkaran
3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.

Perkara ini telah berjaya ditunaikan oleh para sahabat. Justeru mereka telah berjaya mencipta sejarah kegemilangan yang tidak ada tolok bandingannya. Jika kita pada hari ini juga mampu melaksanakan syarat-syarat yang 3 ini, insyaallah kita juga akan berjaya.

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Dunia tidak pernah menemui golongan sehebat umat ini. Mengikut sebuah hadis bertaraf hasan yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda yang bermaksud “ Kamu menggenabkan 70 umat yang diutus dan kamu merupakan golongan yang terbaik dan termulia dari kalangan mereka “.

Dunia terutamanya dunia barat sepatutnya berterima kasih kepada umat ini kerana tanpa sumbangan kita iaitu umat islam, dunia tidak akan mengecap kemajuan dan pembanggunan seperti yang dikecap pada hari ini. Hal ini pernah dinyatakan tanpa segan silu oleh Carleton S ataupun Carly Fiorina, Pengerusi ataupun CEO Hewlett Packard Company. Ketika beliau menyampaikan ucapan yang bertajuk Technology Business And Our Way Of Life: What's next pada 26 September 2001 di Minneapolis Minnerota.

Beliau berkata “Pada suatu ketika dahulu, ujud satu tamadun yang terbesar didunia. Empayarnya begitu luas, bersambung-sambung dari lautan ke lautan menjangkau kawasan utara tropika dan padang pasir. Dibawah kekuasaannya terdapat ratusan juta manusia dari perbagai agama, bangsa dan keturunan. Salah satu bahasanya menjadi bahasa universal yang digunakan dalam percakapan sebahagian besar manusia pada hari ini iaitu bahasa arab. Tentera-tenteranya dianggotai oleh manusia dari perbagai latarbelakang dan penaklukannya mendatangkan keamanan dan kemewahan yang tidak ada tolok bandingannya, Perniagaan yang melibatkan tamadun ini berkembang dari Amerika Latin hingga ke negara China dan juga antara kedua-duanya.

Tamadun ini hidup subur digerakkah oleh ciptaan-ciptaan baru. Arkitek-arkiteknya mampu membina banggunan tinggi yang melawan gravity. Pakar-pakar matematiknya mencipta konsep Algebra dan Algoritma dan konsep-konsep ini membantu pencitaan computer dan encryption pada hari ini. Tokoh-tokoh perubatannya menemui ubat-ubatan baru yang digunakan untuk merawat perbagai penyakit. Tokoh-tokoh astronominya menoropong langit dan memberi nama kepada bintang-bintang dan sekaligus membuka jalan kepada penerokaan angkasa raya. Penulis-penulisnya telah menulis ribuan cerita “.

Akhirnya Carly Fiorina menutup ucapannya dengan berkata “Tamadun yang saya maksudkan ini sebenarnya ialah tamadun islam yang berkembang dari tahun 800 - 1600 masihi“.

Itulah kita tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan. Kita yang bernama umat islam. Umat terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Umat yang dipuji oleh ramai tokoh di barat termasuk Carly Fiorina. Umat ini terbaik kerana mereka mementingkan ilmu, takwa dan amal.

Jadi, marilah sama-sama kita mementingkan ilmu, takwa dan amal. Kita ledakkan ketiga-tiga ini dalam diri, keluarga dan seluruh kehidupan kita dan insyaallah dengan itu kita akan menegakkan yang maaruf dan meruntuhkan kemungkaran dan melaksanakan tuntutan iman kepada Allah. Semoga kita dapat melaksanakan agenda ini insyaallah.

Friday, February 27, 2009

DOA WUDUK

Tahukah teman-teman, salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wudhuk. berikut adalah cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna dengan wudhuk yang sempurna insyaallah kita akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang.


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2.
Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3.
Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4.
Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5.
Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6.
Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".
7.
Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8.
Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:
1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2.
Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala
6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll
7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernahkah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?. Pernahkah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam ?. Pernahkah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubatlah selalu.

"Sampaikanlah pesanku biar pun satu perkataan......"

DOA-DOA AMALAN

1. Doa Menolak Bencana

Laa ilaaha illalaahul kariimul 'azhiimu. Subhaanahu tabaarakalaahu rabbul 'arsyil 'azhiimi. Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiina. Allaahumma rabbanaa aatinaa fid dun-yaa hasanatan wa fil aakhirati hasanatan wa qinaa 'adzaaban naari. Artinya : Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Maha Suci Dia, Maha Berkat Allah Tuhannya 'arasy yang agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. (HR. Nasa'i) Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat. Lindungilah kami dari siksa neraka. (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Doa Kesembuhan/Kesehatan Diri

Allahumma 'aafinii fii badaniiAllaahuma 'aafinii fi sam'ii. Allaahumma 'aafinii fii basharii. Allaahumma innii a'uudzu bika minal kufri wal faqri. Allahumma innii a'uudzu bika min 'adzaabil qabri laa illaaha illaa anta. Artinya : Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan selain-Mu.
(HR. Abu Daud)


3. Doa Dilindungi Dari Rupa-rupa Penyakit

Allahumma innii a'uudzubka minal barashi wal junuuni wal judzaani wa sayyi'il aswqaami

Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari penyakit celup, penyakit gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit buruk lainnya.

4. Doa Menjenguk Orang Sakit/Kecelakaan

Allahumma rabban naasi adzhibil ba'sa asyfi antasy syaafii laa syifaa'a illaa syifaa'uka syifaa'an laa yughaadiru saqaman. Imsahil ba'sa rabban naasi biyadikasy syifaa'u, laa aasyifa lahu illaa anta, as'alullaahal 'azhiima, rabbal ' arsyil 'azhiimi an-yasfiyaka.

Artinya : Ya Allah Tuhan segala manusia, jauhkanlah kesukaran/penyakit itu dan sembuhkanlah ia, Engkaulah yang menyembuhkan, tak ada obat selain obat-Mu, obat yang tidak meninggalkan sakit lagi. Hilangkan lah penyakit itu, wahai Tuhan pengurus manusia. Hanya padamulah obat itu. Tak ada yang dapat menghilangkan penyakit selain Engkau, aku mohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhannya 'arasy yang agung, semoga Dia menyembuhkan anda. (HR. Bukhari dan Muslim)


5. Doa Mengobati Orang Sakit

Bismillahirrahmaanirrahiimi. A'uudzu bi'izzatillahi wa qudratihi min syarri maa ajidu wa uhadziru

Artinya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan apa yang kuperoleh dan yang kutakuti. (HR. Muslim, Abu Daud, Tirmi-dzi dan Nasai).

6. Doa Menghadapi Musibah

Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna. Allaahumma ajirnii fii mushiibatii wakhluf lii khairan minhaa.

Artinya : Sesungguhnya kami memiliki Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya. Ya Allah berilah kami pahala dalam misibahku in dan berilah pengganti yang lebih baik. (HR. Muslim)

7. Doa Membimbing Orang Sekarat

Astaghfirullaahal 'azhiimaa ...... Laa Ilaaha Illallaahu muhammadun rasuulullaahi

Artinya : Aku mohon ampun pada Allah Yang Maha Agung Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah. (dibaca terus-menerus istighfar dan syahadat tersebut pada telinga orang yang hampir wafat itu).
(Tertunjuk dalam HR.
Muslim, Abu Daud dan Hakim).

8. Doa Di Sisi Orang Yang Telah Wafat

Allaahummaghfirlii wa lahu wa'aqibnii minhu 'uqbaa hasanatan.

Artinya : Ya Allah, ampunilah aku dan orang ini dan berilah aku ganti yang baik daripadanya. (HR. Muslim)

9. Doa Masuk Pekuburan Muslim

Assalamu 'alaykum ahlad diyaari minal my'miniina wa innaa insyaa'allaahu bikum laahiquuna. As'alullaaha lanaa wa lakumul 'aafiyata.

Artinya : Salam sejahtera bagimu wahai penghuni kampung orang-orang mu'min. Kami in insya Allah akan bertemu dengan anda sekalian. Kumohonkan pada Allah kesejahteraan bagi kami dan bagi anda sekalian. (HR. Muslim)

10. Doa Bagi Kedua Orang tua

Rabbighfirlii waliwaalidayya warhamhumma kamaa rabbayaanii shaghiiran.

Artinya : Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa ayah dan ibuku serta kasihilah mereka sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil

11. Doa Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Takut, Kikir, Banyak Hutang Dan Penindasan

Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.

Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan utang dan paksaan orang lain.

12. Doa Ketenangan Jiwa Rabhanaa

afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika

Artinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir. Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi. Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

13. Doa Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah

Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika

Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha mnerima segala ketetapan-Mu

14. Doa Ketika Menghadapi Kesulitan

Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlan

Artinya : Ya Allah, tiada yang mudah selain yang kau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah. (HR. Ibnu Hibban)

15. Doa Dimudahkan Segala Urusan

Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.

Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan sgala kmudahannya, bkn yg sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

16. Doa Mohon Husnul Khatimah

Allaahummaj'al khayra 'umrii aakhirahu wa khayra 'amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa'ika

Artinya : Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada ujungnya &sebaik-baiknya amalku adlh pd ujung akhirnya,&sebaik-baiknya hariku adlh pd saat aku menemui-Mu. (Disebutkan oleh an-Nawawi)

17. Doa Waktu Bersin dan Jawaban yang Mendengarnya

Alhamdulillaahi rabbil 'aalamiina. (segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam),

kemudian dijawab oleh orang yang mendengarnya : Yarhamukallahu (Semoga Allah merahmati anda),

lalu orang yang yang bersin itu menjawabnya pula dengan : Yahdiikumullaahu wa yushlihu baalaku (Semoga Allah memberi hidayat bagi anda dan membaguskan keadaan anda). (HR. Bukhari)

18. Doa Diberi Kesenangan Hidup

Allahumma ashlih lii fii diiniil ladzii huwa 'ishmatu amrii wa ashlih lii dun-yaayal latii fiihaa ma'aasyi wa shlih lii aakhiratil latii fiihaa ma'aadii waj'alil hayaata ziyaadata lii fii kulli khayrin wajalil mawta raahatan lii min kulli syarrin.

Artinya : Ya Allah, bagusknlh untukku agamaku yang jadi pangkal urusanku,baguskan pula duniaku yang jadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, jadikanlah hidup itu mnjadi bkal bgiku dlm sgla kbaikan,srta jdikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. (HR. Muslimin)

19. Doa Berlindung Dari Mahluk Jahat

A'uudzu bikalimaatillaahit taammati min syarri maa khalaqa

Artinya : Aku blindung dgn mnyebut kalimat-kalimat Allah Yang Maha sempurna dari segala kejahatan apa yang telah diciptakan-Nya.

20. Doa Dapat Bersyukur, Bersabar dan Tidak Menonjolkan Jasa

Allahummaj'alnii syakuuran waj'alnii fii 'aynii shaghiiran wa fii a'yunin naasi kabiiran.

Artinya : Ya allah, jadikanlah aku orang yang berterimaksih pada-Mu, jadikanlah aku orang yang shabar, jadikanlah aku kecil dalam pandanganku tapi orang yang besar dalam pandangan orang lain.

21. Doa Mengunjungi Pengantin Baru

Baarakallahu likulli waahidin minkumaa fii shaahibihii wa jama'a baynakumaa fi khayrin

Artinya : Semoga allah memberkati masing-masing kamu berdua (mempelai) terhadap temannya, dan semoga Allah mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majalah)

Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka wa jama'a baynakumaa fi khayrin

Artinya : Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan. (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


22. Doa Ketika Melihat Bayi Baru Lahir

Innii u'iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli 'aynin laammatin.

Artinya : Aku berlindung untuk anak ini dengan kalimat Allah Yang Sempurna dari segala gangguan syaitan dan gangguan binatang serta gangguan sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk bagi apa yang dilihatnya.
(HR. Bukhari)

23. Doa Mohon Putera yang Shalih

Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wa dzurriyyatinna qurrata a'yunin waj'alnaa limuttaqiina imaaman.

Artinya : Tuhan kami, karuniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak-cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. Al-Furqan, 74)


24. Doa Mohon Dianugerahi Rizki yang Berkah

Allahummarzuqnii rizqan halaalan thayyiban wasta'milnii thayyiban. Allahummaj'al awsa'a rizqika 'alayya 'inda kibari sinnii wanqithaa'i umrii. Allaahummakfinii bihalaalika 'an haraamika wa aghninii bifadhlika 'am-man siwaaka. Allaahumma in nii as-aluka rizqan waasi'an naafi'an. Allaahumma innii as-alukan na'iimal muqiinal ladzii laa yahuulu wa laa yazuulu.

Artinya : Ya Allah, berilah padaku rezki yang halal dan baik, serta pakaikanlah padaku segala perbuatan yang baik. Ya Tuhanku, jadikanlah oleh-Mu rezekiku itu paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. Ya Allah, cukupkanlah bagiku segala rezki-Mu yang halal daripada yang haram dan kayakanlah aku dengan karunia-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu rezki yang luas dan berguna. Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu ni'mat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang.


25. Doa Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan

Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa\ ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta

Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)

SAJAK CINTA ALLAH

Kalau seseorang itu merasakan ianya hanya seorang
Tandanya ia belum mengenal Tuhannya
Kalau kenalpun….
tapi tak cinta
Kalau tak rasa cinta….. alamat jauh di hati jauh di mata.

Allah yang menciptakan setiap orang
Sama ada yang dibenci atau yang disayang
Allah yang ciptakan benci dan sayang
Allah yang menjadikan dirinya rasa seorang
Apabila ia tak kenal pada Pencipta seseorang.

Allah maha pencipta segala-galanya
Apa yang dipinta semuanya boleh diberi
Tapi manusia " kenapa ?..tak percaya..."
Rugilah ,rugilah dan terus rugi.

Kalau kita cintakan seseorang
Pasti kita ingin bertemu selalu
Kalau kita cintakan Allah…
Bertemulah selalu dalam zikrullah.
Bertemulah selalu didalam solah
Bertemulah selalu di rumah Allah
Berpegang teguhlah kepada Al-Quraan dan As Sunnah
.

CINTA OH CINTA...

"Kenapa ni, monyok aje ni, sakit ke?" Nurul yang baru balik dari tutorial bertanya kepada teman sebiliknya.

"Nurul, sampai hati Zack buat begini pada aku", Ain menangis teresak-esak.

"Kenapa?" Nurul bertanya kembali, agak panik dengan Ain yang semakin kuat esakannya.

"Kami, kami, kami dah putus", raung Ain.

Episod di atas mungkin sesuatu yang amat biasa kita temui. Bercinta dan merana, kecewa dan dalam sesetengah kes "frust menonggeng" hingga hilang arah tujuan. Malah di Malaysia sendiri, ruang hiburan dikuasai oleh lagu-lagu cinta remaja. Namun, apa yang ingin disentuh di sini bukanlah kisah cinta Uda dan Dara, Romeo dan Juliet atau Laila dan Majnun.

Perlu diketahui bahawa cinta adalah salah satu daripada kurniaan Allah kepada manusia. Ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yang sering mengecilkannya. Cinta makhluk kepada Yang Maha Esa adalah cinta yang paling agung diantara segala cinta. Kerana itulah para Syuhada' menentang musuh dengan penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dalam perjuangan.

Cinta Rasullah SAW kepada umatnya dapat dilihat dengan jelas sewaktu peristiwa baginda dibaling dengan batu oleh orang-orang Taif. Sewaktu malaikat Jibrail bertanya kepada baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kepada penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka belum mengenal kebenaran malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar Islam.

Begitu juga cinta para sahabat yang dalam kepada Rasulullah SAW hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah walaupun nyawa mereka terancam.

Dalam hubungan manusia sesama manusia, cinta memainkan peranan yang penting. Cinta seorang ibu kepada anaknya membawa ke syurga dan cinta seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak dan isteri.Cinta diantara suami dan isteri pula jelas tergambar dalam Surah Ar Rum ayat 21 yang maksudnya:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya. Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."


Namun dewasa ini, yang sering terjadi ialah hubungan cinta teruna dan Dara di luar lingkungan perkahwinan. Justeru itu, apa yang terjadi adalah sesuatu yang mengaibkan, kes buang anak yang begitu heboh diperkatakan di Malaysia umpamanya adalah contoh cinta terlarang yang melanggar hukum Allah yang ditetapkan. Dalam menuju kedewasaan, minat-meminati di kalangan berlawanan jenis adalah sesuatu yang lumrah.
Namun, perasaan ini haruslah dijaga, ie.

"You must be the master of your feelings, don't let your feelings be the master of you"

Agak menyedihkan kerana ramai yang terbawa-bawa dengan perasaan cinta ini hingga sanggup berkorban segala-galanya untuk orang yang dicintai padahal si dia belum lagi menjadi suami yang sah. Bak kata orang tua-tua:

Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih kulurutkan,
Buang emak, buang saudara, kerana kekasih kuturutkan...

.....Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf dan menarik baju yang dipakainya.....

Di sini, ingin saya buka lipatan sejarah, menyingkap kisah cinta yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya.

Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya.

Setelah 12 tahun berlalu, Nabi Yusuf (AS) dibebaskan dari penjara dan akhirnya beliau diangkat menjadi raja. Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin.

"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu."
(surah Al-Maida: 3)

Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya.

Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Peristiwa ini bolehlah diumpamakan sebagai qisas kerana dahulu Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf (AS). Yusuf kemudian memberitahu Zulaikha bahawa dari mereka akan lahir nabi-nabi yang akan membawa kebenaran.

Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!

Kita haruslah sedar bahawa cinta sesama makhluk hanyalah sementara, oleh itu adalah lebih baik sekiranya kita tak terbawa-bawa oleh arus cinta, bermain dengan ombak perasaan dan akhirnya karam sendiri bila cinta yang diharap-harapkan tidak kesampaian...

CINTA RABIATUL ADAWIYAH

Mampukah kita menjejaki langkah srikandi cinta ini...

Rabi’ah al-adawiyah,adalah seorang ahli sufi wanita yang cukup zuhud dalam hidupnya.suatu hari datanglah tiga orang lelaki yang ingin melamarnya sebagai isteri.mereka itu hasan bisri, malik bin dinar,dan tsabit al-benany.

“rabi’ah, pilihlah satu di antara kami sebagai suamimu, kerana kahwin itu adalah sunnah rasul,”kata mereka.



Rabi’ah al-adawiyah,adalah seorang ahli sufi wanita yang cukup zuhud dalam hidupnya.sutu hari datanglah tiga orang lelaki yang ingin melamarnya sebagai isteri.mereka itu hasan bisri,malik bin dinar,dan tsabit al-benany. “rabi’ah,pilihlah satu di antara kami sebagai suamimu,kerana kahwin itu adalah sunnah rasul,”kata mereka.

Tanpa menjawab ya atau tidak,rabi’ah hanya menyatakan beberapa permasalahan dirnya. “siapa yang boleh memecahkan permasalahan itu dialah calon suami saya,”

kepada hasan,rabi’ah bertanya: “apa yang anda jawab bila ada seseorang berkata bahawa nanti di hari perjanjian saya tidak peduli terhadap orang-orang yang masuk neraka dan tiada peduli terhadap orang-orang yang masuk syurga.termasuk kelompok manakah saya nanti?”

Mendengar pertanyaan itu hasan hanya boleh menjawab: “saya tidak tahu”

rabi’ah lalu bertanya lagi: “ malaikat telah membentuk aku sewaktu aku di dalam kandungan. Apakah aku menjadi orang yang berbahagia atau orang yang sengsara?”

“saya tidak tahu,”jawab hasan lagi.

Kembali rabi’ah mengajukan pertanyaan lagi kepadayang melamarnya itu. “bila ada orang berkata kepada seseoran agar jangan takut dan jangan bersedih,sementara kepada yang lain ia mengatakan mereka tidak berhak untuk bergembira,maka termasuk kelompok manakah aku ini?”

Hasan menjawab lagi: “tidak tahu.”

Maka rabi’ah melanjutkan pertanyaan lagi: “kuburan boleh menjadi taman syurga dan boleh menjadi liang masuk neraka. Bagaimana kuburan saya nanti?”

Menjawablah hasan seperti jawapan sebelumnya: “saya tidak tahu.”

Belum puas dengan pertanyaan yang telah diajukan,rabi’ah mengajukan pertanyaan lagi kepada hasan: “pada suatu hari ada wajah-wajah yang putih,dan ada pula wajah yang hitam.bagaimana wajah saya nanti?”

“tidak tahu,”jawab hasan pula.

Kembali rabi’ah al-adawiyah mengajukan pertanyaan walaupun orang yang ditanyai selalu menjawab dengan perkataan “saya tidak tahu.

”bila hari qiamat ada orang berseru bahawa ketahuilah si fulan telah mendapatkan kebahagiaan dan si fulan bin fulan sangat sengsara.maka termasuk golongan mana aku ini,” tanya rabi’ah.

“saya tidak tahu.”Jawab hasan bisri untuk kesekian kalinya.

Mendengar serentetan pertanyaan rabi’ah al-adawiyah yang mengandungi hikmat itu, menangislah ketiga-tiga lelaki yang cuba melamarnya itu lalu meninggalkanya

Assalamua`laikum semua....

Bersyukur kami kehadratNya kerana dengan taufiq dan inayahNya, webpage khas untuk pengisian rohani kita warga DPLI-UKM jan'09 dapat terhasil...Segala tazkirah yang hendak dikongsi bersama diharapkan agar dapat disalurkan terus ke email kami, pubMED di: deeply.bond@gmail.com

Moga kita dapat manfatnya bersama...insyaAllah...

.::.pubMED.::.

----------------------------------------------------------------------------------